Monday, March 28, 2011

Ketat.

   Hmmm, sejak kebelakangan ni kesibukan yang aku hadapi makin menggunung tingginya. Hari hari ada kerja math, nota biology yang perlu dibaca dan chemistry, hmmm aku tiada idea lagi macam mana nak selesaikan yang tu. Pendek cerita, aku makin kurang masa untuk bermain, online, lepak, dan segalanya yang berkaitan dengan membazir masa aku. Ditambah pula lagi dengan trials untuk semester ni yang semakin dekat, makin kelam kabut lah aku.

   Sedar tak sedar, dah nak habis semester kedua dah. Punyalah cepat masa berlalu ish ish. Itulah sebabnya aku pun makin jarang update blog aku ni, nanti bila dah lapang hari hari aku melalut kat sini okay. Ada satu cerita ni yang perlu aku beritahu, mungkin agak lambat tapi apa salahnya kalau berkongsi kan. Hmmm, Januari lepas AirAsia ada buka tawaran untuk menjadi Cadet Pilot mereka. Aku yang sememangnya amatlah berminat untuk terbang dengan burung burung besi ni pun apa lagi, menggunakan segala peluang yang ada. Dan Alhamdulillah, murah rezeki aku, inilah yang aku dapat.





   Hehehehehehe, jadi 2 Jun nanti, aku akan buat yang terbaik untuk menggapai cita cita aku ni. InsyaAllah, doakan lah kejayaan aku. Hmm, tapi apa apa pun fokus aku sekarang perlulah pada apa yang aku sedang lalui, iaitu A Levels aku. Setelah mendapat pengajaran yang agak kasar semester lepas, memang untuk final kali ni aku kena buat sehabis baik. Kalau tak, babai lah. Hmmm, okay lah ni, lain kali aku menulis lah lagi, for now, astalavistah bebeh!

Don't mess with the boss.
"I'm not being an invent pretender neither a ghost, this is just a piece of my mind"

4 comments:

Shi Hao said...

Yo may you pass the exam safely. It's your dream that we're talking about. And I can see that you're always longing for it. Remember the website that you showed me regarding the aircraft? =)
Good luck man! You're the one that determines whether we could boast about having a pilot housemate when we're older. xD

Nurul 'Ain said...

goodluck aiman! :D

theboyy said...

awesome dream man! you can do it! ;)

Arsengal said...

Thanks guys! :)