Sedar tak sedar, dah nak habis semester kedua dah. Punyalah cepat masa berlalu ish ish. Itulah sebabnya aku pun makin jarang update blog aku ni, nanti bila dah lapang hari hari aku melalut kat sini okay. Ada satu cerita ni yang perlu aku beritahu, mungkin agak lambat tapi apa salahnya kalau berkongsi kan. Hmmm, Januari lepas AirAsia ada buka tawaran untuk menjadi Cadet Pilot mereka. Aku yang sememangnya amatlah berminat untuk terbang dengan burung burung besi ni pun apa lagi, menggunakan segala peluang yang ada. Dan Alhamdulillah, murah rezeki aku, inilah yang aku dapat.
Hehehehehehe, jadi 2 Jun nanti, aku akan buat yang terbaik untuk menggapai cita cita aku ni. InsyaAllah, doakan lah kejayaan aku. Hmm, tapi apa apa pun fokus aku sekarang perlulah pada apa yang aku sedang lalui, iaitu A Levels aku. Setelah mendapat pengajaran yang agak kasar semester lepas, memang untuk final kali ni aku kena buat sehabis baik. Kalau tak, babai lah. Hmmm, okay lah ni, lain kali aku menulis lah lagi, for now, astalavistah bebeh!
![]() |
| Don't mess with the boss. |
"I'm not being an invent pretender neither a ghost, this is just a piece of my mind"


